Perubahan tarikh lawatan

on 21 April 2008

Dukacita dimaklumkan bahawa program kita tidak mendapat sambutan. Sungguh malang, sebab ramai tak dapat ikut. Masing-masing ada hal. Ada yang kata masa yang kita bagi tak cukup.

Tak apalah, semua kena kerja. Nak buat macam mana, semua cari makan. Ramai di antara kita makan gaji.

Oleh kerana tak ada sambutan daripada anak-anak murid, maka kita terpaksa tunda semula tarikh ke 1 hingga 3 Mei 2008. Yang lebih bersemangat ialah orang kampung. Khabarnya, sudah 3 van confirm nama.

Anak murid yang nak pergi pada 17 Mei hanya beberapa kerat saja. Kalau kita tetap pergi hari tu juga, tak meriah. Justeru, terpaksalah ikut rombongan orang kampung ke sana.

Minta maaf juga kepada mereka yang kata kita bagi masa tak cukup. Mungkin masa 1-2 bulan untuk bagi tahu, susah nak minta annual leave. Tak apalah, nanti kita akan bagi masa 5 tahun, tapi kalau tak boleh lagi, susahlah nak cakap.

Apapun, terima kasih atas kerjasama anda. Minta maaf, sekiranya notis ini mengganggu tugas anda!

1 comments:

Anonymous said...

ini ialah anjuran saya yang kedua,anjuran yang pertama ialah lawatan ke wat ajarn phirm(thot pha pa samakhi kha nak sit ajarn phirm wat lampam)dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang bagi kerjasama pada rombongan yang pertama ialah opat,nang oun, nang ret,nangsau phai,nangsau thim dan semua orang peserta rombongan kali itu sehingga kita berjaya mengutip duit thamboon sebanyak 78640 bath supaya ajarn dapat beli sedikit banyak bahan binaan.Dan kali ini lawatan ke wat ajarn odom ialah kali kedua!saya harap kali ini juga kawan-kawan yang tahu mengenai lawatan ini yang tidak dapat hadir bersama bolih menjolokkan sedikit banyak duit thamboon untuk bercampur dengan ahli rombongan supaya ajarn dapat beli bahan binaan(ubosot)yang sedang di bina sekarang.mungkin duit RM100 keatas dari kawan kita yang pernah ajarn UDOM ajar sehingga dapat pegang sijil bahasa thai tidak bermasalah kerana sudah beberapa tahun yang kita belajar kita tidak pernah membayar yuran disekolah bahasa thai kg lampam dan duit thamboon sebanyak itu saya harap tidak menimbul masaalah kepada kawan-kawan kita yang tidak dapat pergi,sebab masaalah yang tidak dapat pergi ialah tak dapat cuti kerja bukan masaalah duit tidak ada.Dan saya maklum kepada kawan-kawan yang ada kaitan dengan wat kg lampam supaya bersedia untuk mengambil cuti kerja sebab beberapa bulan akan datang saya akan anjur(thot pha pa samakhi khanak sit wat lampam)di wat lampam dan harap kawan-kawan dapat ambil cuti untuk balik ke kampung supaya kita dapat berkongsi tamboon kerana wat kita juga sedang membina UBORSOT saya yang tinggal di kampung tiap-tiap hari pun belum lagi thamboon uborsot dan juga sama dengan sesetengah orang kawan kita semua.Dan saya ingin dahulu mengucap terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi berkongsi thamboon bersama kita di wat ajarn UDOM.TERIMA KASIH(from KWONG MING)