781174 - masih ingat nombor ini?

on 09 April 2008

781174 bukan nombor ramalan Sports Toto. Suatu ketika dahulu Chaow Ban Lampam sangat bergantung kepada nombor ini.

Ia adalah nombor telefon pertama yang ada di kampung kita. Telefon ini ialah telefon awam warna oren yang terletak dekat pokok mempelam (sekarang dekat pintu masuk) Wat Lampam.

Tarikh sebenar telefon ini dipasang tak berapa pasti, tapi masa itu sekitar tahun 1988 agensi yang pasang dikenali Jabatan Talikom Malaysia (JTM).





Telefon awam pada masa itu ialah jenis berputar (macam gambar di atas). Kewujudan telefon awam ini sungguh menggembirakan penduduk.

Oleh kerana ia merupakan satu-satunya telefon di Kampung Lampam, telefon ini diset untuk membolehkan kita menerima panggilan. Bagi pemuda-pemudi masa itu, ia merupakan satu-satunya cara untuk berhubung dengan awek di kampung lain.

Budak-budak yang belajar bahasa Thai di Wat juga tidak ketinggalan mengusik telifon awam ini. Ada kalanya mereka sengaja membuat panggilan palsu 999 dan juga dail 0 untuk bercakap dengan operator. Begitulah kenakalan kanak-kanak Lampam masa itu.

Keganasan para pengguna kadang-kadang mengundang masalah apabila telefon itu rosak dan ia nyata menyusahkan para penduduk.

Selepas JTM dikorporatkan kepada Telekom Malaysia pada tahun 1991, telefon awam Kampung Lampam jenis berputar ditukarkan kepada jenis tekan.

Nombor kawasan juga kerap ditukar. Antaranya 782174. Selepas itu, nombor tersebut beberapa kali lagi ditukar menjadi 7821174, 7301374 dan kali terakhir ialah 7851374.

Kini lokasi telefon awam tersebut telah ditukar ke hadapan bangunan Kut Mhai.

Perkembangan pesat teknologi kemudian telah mengubah fungsi telefon 781174 itu. Pada tahun 1997, kebanyakan penduduk Lampam sudah memiliki telefon di rumah masing-masing.

Maka telefon awam di Wat Lampam, makin hari makin kurang orang guna dan akhirnya ia tidak dapat menerima panggilan masuk lagi.

Hari ini, tekologi begitu pantas berkembang. Penduduk Lampam kini sudah memiliki handphone sendiri. Pada sekitar tahun 1998 henfon yang boleh digunakan di sini ialah Celcom 010, ATUR 011 dan kemudian diikuti Celcom 019.

Mereka yang ada henfon pada masa itu terpaksa naik tempat tinggi untuk dapatkan line. Pada tahun 2007, liputan hampir semua syarikat henfon boleh digunakan di sini.

Bagi generasi baru, mereka tidak lagi perlu bergantung pada telefon awam seperti orang-orang generasi dulu. Barangkali, ada di antara mereka sudah tidak lagi tahu guna telefon awam.

  • Apapun, 781174 tetap menjadi ingatan bagi kami generasi lama penduduk Lampam. Terima kasih Jabatan Talikom!

2 comments:

Anonymous said...

kalau tak silap aku no tel kg kita ialah 04-7851374 kot sekarang

Ban Lampam Community said...

Terima kasih atas maklumat