Berita - Kerajaan Pas lantik orang Siam jadi Ahli Majlis Daerah Pendang

on 09 April 2008

Berita ini tak ada kaitan dengan Ban Lampam secara langsung. Untuk pengetahuan, rakan-rakan, Kerajaan Pas Kedah baru-baru ini telah melantik seorang ahli Majlis Daerah Pendang di kalangan orang Siam.

Ia merupakan kali pertama dalam sejarah orang Siam di Pendang diberikan peluang untuk terlibat dalam pentadbiran peringkat daerah.

Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak hari ini mengisytiharkan tiga orang Ahli Majlis Daerah Pendang yang baru.

Pengisytiharan tersebut dibuat pada majlis sempena lawatan kerja beliau ke Daerah Pendang yang diadakan di Wat Siam Paya Mak Insun dekat sini.

Ini merupakan pengumuman pertama oleh kerajaan negeri yang baru selepas memenangi PRU Ke-12 lalu dan setelah seluruh ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan ahli majlis kerajaan tempatan di seluruh Kedah diarah meletakkan jawatan oleh Pengerusi Barisan Nasional Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid minggu lalu.

Mereka yang akan menganggotai Ahli Majlis Daerah Pendang itu ialah Ai Nin a/l Din Num, Kunasegare Anandan dan Tan Heng Huak, masing-masing mewakili kaum Siam, India dan Tionghua.

0 comments: