Ban Lampam akan ada JKKK baru.

on 03 April 2008

Berikutan perubahan pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah. Semua JKKK sebelum ini telah diminta oleh parti Barisan Nasional (BN) untuk meletakkan jawatan masing-masing.

Ini bermakna fungsi JKKK lama telah ditamatkan mulai kelmarin (1 April).

Kerajaan Negeri Kedah di bawah pemerintahan Pas dan Parti Keadilan Rakyat dijangka melantik JKKK yang baru tidak lama lagi.

Bagi JKKK lama, mereka masih berperanan kerana akan dilantik semula oleh Kerajaan Persekutuan. Elaun JKKK lama masih berjalan tetapi kali ini dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

Selepas ini, Ban Lampam akan ada 2 Ketua Kampung iaitu satu JKKK Pas dan satu lagi JKKK BN.

Diharapkan dengan pertukaran JKKK ini, janganlah timbul masalah perpecahan. Janganlah kita bergaduh sebab berlainan pendapat!

Politik ialah bab politik tapi persaudaraan di kalangan warga Lampam tetap tidak terputus.

0 comments: