Ban Lampam atau Kampung Lampam dalam istilah rasmi wujud sejak beratus tahun dahulu. Lampam sekarang terletak dalam Mukim Rambai, Daerah Pendang, Negeri Kedah Darul Aman. Sebelum tahun 90-an, Lampam diletakkan dalam daerah Kota Setar. Dari segi geografi, Lampam terletak di Latitude 6.676 darjah Utara dan Longitude 100 36.674 darjah Timur. (N6 06.676 E100 36.674). Majoriti penduduk kampung (selepas ini dikenali Chaow Ban Lampam) ini adalah keturunan Thai @ Siam. Walaupun ada juga penduduk keturunan Cina, namun hampir kesemua mereka mengamalkan cara hidup dan budaya Thai. Dengan memiliki tanah yang subur, rata-rata Chaow Ban Lampam bekerja sebagai petani dan penoreh getah. Di Kampung Lampam terdapat Wat yang wujud sejak dahulu kala. Selain tempat beribadah, Wat Lampam berperanan penting sebagai pusat kegiatan masyarakat di samping simbol perpaduan di kalangan penduduk. รายละเอียดเพิ่มเติมติดต่อ โอภาส รัตนโชติ ได้ที่ banlampam@gmail.com หรือ โทร. +60195625232 / +60196625232 / SMS +66814558327 (HP Thai)
0 comments:
Post a Comment