Berikutan perubahan pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah. Semua JKKK sebelum ini telah diminta oleh parti Barisan Nasional (BN) untuk meletakkan jawatan masing-masing.
Ini bermakna fungsi JKKK lama telah ditamatkan mulai kelmarin (1 April).
Kerajaan Negeri Kedah di bawah pemerintahan Pas dan Parti Keadilan Rakyat dijangka melantik JKKK yang baru tidak lama lagi.
Bagi JKKK lama, mereka masih berperanan kerana akan dilantik semula oleh Kerajaan Persekutuan. Elaun JKKK lama masih berjalan tetapi kali ini dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.
Selepas ini, Ban Lampam akan ada 2 Ketua Kampung iaitu satu JKKK Pas dan satu lagi JKKK BN.
Diharapkan dengan pertukaran JKKK ini, janganlah timbul masalah perpecahan. Janganlah kita bergaduh sebab berlainan pendapat!
Politik ialah bab politik tapi persaudaraan di kalangan warga Lampam tetap tidak terputus.
Pada 19 Mac lalu, satu majlis mengangkat puncak (ยกช่อฟ้า) Ubosot telah berjaya dilangsungkan.
Esok, Ubosot yang dalam pembinaan akan mengadakan satu lagi majlis penting iaitu upacara buard nak.
Antara mereka yang akan jadi sami kali ini ialah Nai Thi (Ai Riang) dan Nai Mon. Senarai nama lengkap belum diperoleh.
Sementara menunggu berita baru, mohon saya re-cycle berita lama di sini.


Sawasdee phi nong chau Lampam, สวัสดีพี่น้องชาวบ้านลำปำ
Terlebih dahulu mari kita berkenalan dalam blog ini. Blog ini diwujudkan bagi tujuan membolehkan warga Ban Lampam yang tinggal di dalam dan luar untuk berinteraksi.
Mana-mana individu yang merasakan dia warga Lampam diminta menghubungi webmaster untuk tujuan update maklumat.
Kalau boleh hantar email kepada saya berserta gambar, contact number dan lokasi yang anda tinggal sekarang.
Sekiranya ada berita, khabar yang mahu dikongsi bersama, boleh juga hantar ke alamat di bawah;
opat232@yahoo.com atau banlampam@gmail.com
Atas cadangan Nai Wirods, website ini diwujudkan bagi membolehkan warga Ban Lampam berinteraksi dan mendapat berita terkini.



